Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Thursday, May 13, 2010

HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA!!

Adakah anda cukup arif tentang perihal pengguna? Jika kita lihat dewasa ini, majoritinya pengedar mengambil kesempatan ke atas pengguna sekarang yang hanya bersifat sambil lewa terhadap sesuatu? Adakah itu anda? Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah atas pemilihan yang anda telah lakukan iaitu memilih blog ini bagi menggetahui isu tentang pengguna. Dengan membaca artikel ini anda akan mengetahui sejauh mana anda telah menggunakan hak anda sebagai pengguna. Ayuh kita susuri artikel ini bersama-sama. Jom...

Sebelum itu, saya ingin mengajak anda menyusuri perlindungan yang ada sebagai pengguna. Sila teliti gambar rajah di bawah:

Sebagai pengguna, kita mempunyai hak tersendiri, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang arif atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Lantaran itulah penjual dapat mendominasikan kita sebagai pembeli. Oleh itu, saya sebagai pengguna sendiri berasa bahawa pengguna harus diberi kesedaran mengenai hak-hak mereka dan seterusnya berusaha untuk mendapatkan hak-hak tersebut. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan mereka mengetahui apakah hak-haknya, menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya serta memainkan tanggungjawab dan peranan mereka bagi mendapatkan hak-hak itu.
Dasawarsa ini, kita sering mendengar ungkapan ‘jadilah pengguna yang bijak’ tidakkah begitu ya saudara? Apakah yang anda fahami daripada slogan tersebut? Bagi mengetahui dengan lebih lanjut sila baca artikal ini sehingga ke penghujungnya. Saya jamin ada tidak akan menyesal seandainya anda salah seorang pencipta ilmu.

Sesungguhnya, amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah dengan membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya. Apakah yang anda fahami dengan istilah pengguna? Adakah orang yang menjadikan seorang itu pengguna itu dipanggil pengguna? Atau apa yang bermain di minda saudara sekalian?

Untuk pengetahuan saudara sekalian, pengguna boleh didefinasikan sebagai seorang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya atau orang lain. Secara mudahnya jika kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalam masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa-apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".
Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan tidak lain dan tidak bukan hanyalah
semata-mata untuk pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapat juga pembeli yang membeli barangan secara borong atau lebih dikenali sebagai pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang perlu menjalani beberapa proses sebelum dijual kepada pengguna akhir.


Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak Ilwants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.


MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA

Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Kendatipun, kekangan-kekangan yang dihadapi adalah bersabit daripada usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

Di samping itu, para pengguna juga kurang cakna tentang institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna;
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.
(h)Tribunal Tuntutan Pengguna
(i)Persatuan pengeluar, peniaga dan profesional


Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudahnya menjadi mangsa kepada para peniaga yang kurang bertanggungjawab.Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya



HAK-HAK PENGGUNA
4.1 Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna. Antara Hak-hak pengguna ialah:-

(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
(b) Hak Untuk Mendapat Makfumat;
(c) Hak Untuk Membuat Pilihan
(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.
(e) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
(f) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
(g) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna
(h) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.

(a)Hak Untuk Mendapat Keselamatan

Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.

(b)Hak Untuk Mendapat Maklumat

Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.


(c)Hak Untuk Membuat Pilihan

Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat

Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuas hati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti yang dinyatakan oleh penjual.

(e) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas
Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan di dunia serba moden ini seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air yang bersih dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna.
(f) Hak Untuk Mendapat Gantirugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.


(vii) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Penqquna
Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

(viii) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selarnat

Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya. . Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Ini mempamerkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja berpunca daripada sistem penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.

Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas laba yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan
stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.



TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
(a) Kesedaran Mengkritik;
(b) Penglibatan dan Tindakan;
(c) Tanggungjawab Sosial;
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;
(e) Bersatu padu.

(i)Kesedaran Mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan mendiamkan diri. Sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat barangan yang lebih sempurna.

(ii) Penglibatan Dan Tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
(iii) Tanqqungiawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

(iv) Tanqqungiawab Alam Semulauadi

Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.

(v) Bersatu padu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah adalah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatu padu adalah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

PERLINDUNGAN PENGGUNA

6.1 Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:
6.1.1 barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan
6.1.2 maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada
6.1.3 pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan
6.1.4 pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
6.1.5 sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
6.1.6 pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan
6.1.7 pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.

6.2 Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.
Rujukan :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.










Jumaat Januari 22, 2010
Program 3K Untuk Didik Pengguna
KUALA LUMPUR: Masyarakat pengguna Malaysia masih bergantung kepada kerajaan untuk perlindungan dan pembelaan hak mereka.
Sikap demikian menjadikan kebanyakan mereka kurang yakin untuk mengembangkan keupayaan bagi menyelesaikan satu-satu masalah secara proaktif.Ada juga pengguna yang lebih suka mengambil sikap berdiam diri atau menunggu orang lain membuat aduan meskipun mengalami kerugian ditipu peniaga.
"Golongan ini mahu kerajaan mengambil tindakan tetapi mereka lupa jika tidak ada aduan, macam mana tindakan hendak diambil? Aspek apa yang perlu diperbetul?
"Sudah sampai masanya untuk pengguna di negara ini mengubah sikap dan lebih yakin dengan kemampuan diri mereka untuk bertindak di samping menimba kemahiran baru serta ilmu yang bersesuaian agar menjadi pengguna yang bestari," kata Muhammad Sha'ani Abdullah, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).Menurut beliau, pengguna juga perlu tahu apa juga perubahan sikap yang perlu dibuat, ia bermula dari diri sendiri diikuti dengan keluarga dan seterusnya komuniti.Beliau berkata satu daripada usaha Fomca untuk mendidik masyarakat pengguna di negara ini ialah menerusi Kempen Konsumer Kebangsaan atau dikenali sebagai 3K.
PROGRAM 3K
Program 3K yang masuk ke tahun kedua tahun ini dilancarkan pada Jun 2008 untuk tempoh empat tahun sehingga 2012.Dengan tema "Perubahan Bermula Dengan Saya", Fomca sebagai peneraju kempen, mendapat kerjasama daripada empat rakan utama iaitu Petronas, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Menurut Muhammad Sha'ani, 3K juga dirancang untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengguna untuk bersedia menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.Antaranya kerana faktor kegawatan ekonomi, kesan globalisasi, peningkatan harga bahan makanan yang tinggi serta peningkatan kadar jenayah yangmempengaruhi kualiti kehidupan pengguna.
"Kita mahu pengguna menjadi lebih kritis dalam pasaran. Kita juga mahu masyarakat pengguna Malaysia sedar dengan perilaku sendiri dan bersikap lebih prihatin terhadap perancangan, menjauhkan pembaziran dan mengamalkan penggunaan lestari," jelas Muhammad Sha’ani.
Mengulas lebih lanjut mengenai 3K, beliau memberitahu bahawa apa yang dilakukan setakat ini lebih kepada penyampaian maklumat kepenggunaan terhadap pengguna termasuk keadaan ekonomi dunia dan fenomena globalisasi.Pengguna, katanya, perlu diberi kefahaman bahawa dalam pasaran bebas, kerajaan tidak boleh mengawal semua harga barangan kecuali beberapa barang keperluan asas harian.
"Ini akan mengurangkan kecenderungan pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang yang dikawal harga kerana pulangannya mungkin tidak menarik.
"Keadaan itu juga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan tempatan dan mengakibatkan keperluan import dengan harga yang lebih tinggi dan menjejaskan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat negara ini," tambahnya.
ADA TANGGUNG JAWAB
Sehubungan dengan itu, jelasnya, dalam menghadapi situasi kenaikan harga barang atau kekurangan bekalan sesuatu barang, pengguna perlu mengambil sikap bertanggungjawab dan mengelakkan pembelian.
"Sikap pengguna boleh membantu memperbetul gelagat pasaran," tegas Muhammad Sha'ani.Beliau juga mahu mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai bentuk iklan yang telah 'dibunga-bungakan'."Pengguna perlu menilai iklan dengan lebih kritikal," katanya.
SOROTAN PROGRAM 3K 2009
Sebanyak 171 bengkel 3K diadakan sepanjang 2009 untuk masyarakat pengguna berbilang kaum di negara ini.Kumpulan sasar kempen ialah kumpulan komuniti luar bandar (99 bengkel), sekolah (23), Institusi Pengajian Tinggi (23 bengkel), Persatuan (15 bengkel) dan badan korporat (11 bengkel).
Antara bengkel peringkat kebangsaan yang dijalankan ialah kempen penjimatan elektrik pada 27 Feb bersamaan dengan E-Day yang disambut di negara Eropah.Kempen ini bertujuan menyedarkan pengguna bahawa dengan penjimatan elektrik, mereka boleh menjimatkan wang dan mengurangkan kesan gas rumah hijau.
Satu lagi kempen peringkat kebangsaan 3K ialah wanita sebagai pengguna.Menurut Muhammad Sha'ani, ia bertujuan menggalakkan golongan wanita supaya lebih berdisiplin dalam perancangan pembelian barangan serta mengambil kira penggunaan lestari dalam kegiatan harian mereka.
"Minggu Tanpa Menonton" yang diadakan pada 21-27 April bertujuan membantu meningkatkan kesedaran untuk mengehadkan masa menonton televisyen kepada kurang dua jam sehari.Di bawah kempen ini, ibu bapa digalakkan supaya menghabiskan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti selain daripada menonton televisyen.
Muhammad Sha'ani memberitahu bahawa menurut Data Pengguna Media, kanak-kanak di Selangor berusia 5-10 tahun menghabiskan purata 18.3 jam setiap minggu dengan menonton televisyen tanpa pengawasan ibu bapa.Satu lagi acara 3K yang cuba menangani sikap boros berbelanja sesetengah pengguna ialah "Hari Tidak Berbelanja" yang diadakan pada setiap 16 Julai.
Pada sepanjang hari itu, pengguna digalakkan untuk tidak membuat sebarang pembelian.Sebagai satu cara daripada untuk membantu meringankan beban kewangan pengguna, Fomca mengadakan kempen "Tanam Sendiri" iaitu aktiviti menanamsayur-sayuran sendiri.

Untuk tujuan promosi, Fomca mengadakan kempen itu pada 14 Nov lepas di Dewan Taman Tuanku Jaafar, Nilai di mana biji benih dan baja diedarkan kepada peserta.
PROGRAM 2010
Bagi tahun 2010, Muhammad Sha'ani berkata Fomca akan memberi fokus kepada beberapa pendekatan dalam melaksanakan program yang sedia ada termasuk menambah bilangan bengkel penerangan 3K.Sebanyak 200 bengkel dirancang diadakan sepanjang tahun ini dengan keutamaan ditumpukan ke kawasan luar bandar.
"Pengguna di bandar mempunyai banyak pilihan untuk membeli barang termasuk di hipermarket sedangkan masyarakat luar bandar tidak mempunyai pilihan kecuali mendapatkan bekalan dari sebuah kedai sahaja.
"Harga yang dijual di kedai tersebut mungkin tidak mengikut harga kawalan yang ditetapkan kerajaan," jelasnya.
Di samping bengkel, Fomca juga menggunakan saluran Radio 24 Bernama untuk program "Kuasa Komuniti Konsumer" yang ke udara setiap Jumaat pukul 4.15 petang.Fomca juga dijangka melancarkan laman web KonsumerKINI pada awal Februari ini yang memaparkan pandangan dan pendiriannya terhadap isu serta dasar kerajaan.
TAK PUAS HATI
Muhamamd Sha'ani yang juga Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional atau ringkasnya NCCC berkata jumlah aduan yang diterima meningkat dari tahun ke tahun.NCCC menerima 18,345 aduan pada 2006, 24,873 aduan pada 2007 dan 28,080 aduan pada 2008.Untuk 2009, beliau berkata jumlah aduan dianggarkan sekitar 32,000.
"Untuk 2009 kami melihat aduan paling banyak ialah mengenai barangan dan perkhidmatan yang tidak menepati kualiti seperti yang diiklankan. Kami juga banyak menerima aduan terhadap syarikat telekomunikasi," katanya.
Di sebalik peningkatan aduan itu, Muhammad Sha'ani berkata masih ramai pengguna yang tidak membuat aduan.Menerusi bengkel 3K yang diadakan, katanya, ramai peserta yang melahirkan rasa tidak puas hati tetapi malangnya hanya segelintir yang bersediamengemukakan aduan.
"Apabila kita buka ruang untuk sesi soal jawab, ramai peserta yang menyatakan rasa tidak puas hati cuma bila kita minta buat aduan, amat sedikit yang berbuat demikian," katanya.Tambah beliau, melalui bengkel itu, pasukan 3K mendapati masalah paling utama yang dihadapi pengguna ialah pengangkutan awam dan harga barang yang tinggi.
"Dalam hal itu, pengguna yang mengalami kesulitan itu perlu membuat aduan kerana melaluinya sahaja kita akan tahu masalah yang dihadapi.
"Lagi pun kalau ada lebih banyak aduan, ini mewajarkan satu-satu pihak untuk mengambil tindakan, contohnya untuk perkhidmatan awam mungkin kerajaan atau pengendali perkhidmatan berkenaan. Kalau tak ada aduan, orang boleh membuat tanggapan semuanya memuaskan," jelasnya.
Pengguna yang memerlukan maklumat kempen 3K boleh melayari laman web www.kkk.org.my . - BERNAMA

Sunday, May 2, 2010

JIMAT CERMAT

Pengguna Bijak Infomersil Montaj

Hari Pengguna Malaysia

Justeru kawan-kawan , marilah kita sama-sama menjaga negara kita, negara Malaysia. Jalankanlah peranan anda sebagai 'pengguna bijak'...