Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Sunday, May 2, 2010

Adakah anda cukup arif tentang perihal pengguna? Jika kita lihat dewasa ini, majoritinya pengedar mengambil kesempatan ke atas pengguna sekarang yang hanya bersifat sambil lewa terhadap sesuatu? Adakah itu anda? Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah atas pemilihan yang anda telah lakukan iaitu memilih blog ini bagi menggetahui isu tentang pengguna. Dengan membaca artikel ini anda akan mengetahui sejauh mana anda telah menggunakan hak anda sebagai pengguna. Ayuh kita susuri artikel ini bersama-sama. Jom...


Sebagai pengguna, kita mempunyai hak tersendiri, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang arif atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Lantaran itulah penjual dapat mendominasikan kita sebagai pembeli. Oleh itu, saya sebagai pengguna sendiri berasa bahawa pengguna harus diberi kesedaran mengenai hak-hak mereka dan seterusnya berusaha untuk mendapatkan hak-hak tersebut. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan mereka mengetahui apakah hak-haknya, menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya serta memainkan tanggungjawab dan peranan mereka bagi mendapatkan hak-hak itu.

Dasawarsa ini, kita sering mendengar ungkapan ‘jadilah pengguna yang bijak’ tidakkah begitu ya saudara? Apakah yang anda fahami daripada slogan tersebut? Bagi mengetahui dengan lebih lanjut sila baca artikal ini sehingga ke penghujungnya. Saya jamin ada tidak akan menyesal seandainya anda salah seorang pencipta ilmu.

Sesungguhnya, amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah dengan membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya. Apakah yang anda fahami dengan istilah pengguna? Adakah orang yang menjadikan seorang itu pengguna itu dipanggil pengguna? Atau apa yang bermain di minda saudara sekalian?

Untuk pengetahuan saudara sekalian, pengguna boleh didefinasikan sebagai seorang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan atau orang lain. Secara mudahnya jika kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalam masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.

Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".

Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapat juga pembeli yang membeli barangan secara borong atau lebih dikenali sebagai pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang perlu menjalani beberapa proses sebelum dijual kepada pengguna akhir.


Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak Ilwants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.

1 comment:

  1. sila tinggalkan komen anda disini. ribuan terima kasih diucapkan atas komen anda...

    ReplyDelete