Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Saturday, May 1, 2010

LOGO HALAL


Penguatkuasaan Halal

Penguatkuasaan berhubung perbahasaan “Halal” dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 / Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975/ Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. Akta ini memberi perlindungan kepada peniaga/pengguna dari amalan perdagangan yang tidak sihat. Ia merangkumi penggunaan perihal dagangan palsu atau mengelirukan berhubung dengan harga dan barang-barang serta pernyataan palsu yang mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan, tempat tinggal dan kemudahan. Perbahasaan “Halal” adalah antara perihal dagangan bagi maksud Akta ini.

2. Penggunaan perbahasaan “Halal“ “Ditanggung Halal”, “Makanan Islam” atau sebagainya termasuk dalam bentuk logo oleh premis-premis perniagaan tidak diwajibkan di bawah undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun apabila perbahasaan “Halal”/seumpamanya itu digunakan ke atas makanan, ianya hendaklah dimaksudkan bahawa makanan tersebut boleh dimakan oleh orang Islam yakni ianya:-

(i) tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang oleh Hukum Syarak kepada orang Islam memakannya atau tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

(ii) tidak mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

(iii) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada sebarang najis mengikut Hukum Syarak; dan

(iv) tidak dalam masa penyediaan, memproses atau menyimpan bersentuhan atau berdekatan dengan sebarang makanan yang tidak memenuhi kehendak para (i) atau (ii) atau (iii) atau apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

3. Dengan definisi sedemikian, sesiapa juga boleh mengguna perbahasaan seperti “HALAL” “Ditanggung Halal” “Makanan Islam” asalkan mereka memastikan ia mematuhi perkara-perkara yang digariskan di atas. Mana-mana orang yang menjual makanan dengan perbahasaan “Halal“ sedangkan ianya berlawanan dengan kehendak-kehendak tersebut adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda boleh dikenakan sehingga RM200,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya. Penalti untuk syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.00 bagi kesalahan kali pertama dan kesalahan kedua dendanya ialah RM500,000.00.

.

4. Pada masa ini terdapat tiga kategori perbahasaan halal (termasuk dalam bentuk logo) di pasaran iaitu:

(i) pensijilan halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) / Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN);

(ii) pensijilan lalal yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan badan-badan Islam; dan

(iii) perbahasaan halal yang dikeluarkan sendiri oleh peniaga-peniaga.

5. KPDNKK dengan kerjasama JAKIM/JAIN secara konsisten menjalankan pemeriksaan bagi menentukan kesahihan perbahasaan “Halal” yang digunakan itu.

6. KPDNKK mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan penyelewengan berhubung salah guna perbahasaan halal atau keraguan mengenai kehalalannya supaya tindakan segera dapat diambil terhadap pihak-pihak yang terbabit.

No comments:

Post a Comment